angin tidak memeluk pesan
kekasih tidak menghulur tangan
aku kering dibakar rindu
rindu bertahun tidak berlagu
malam tidak membawa bulan
kekasih tidak menyembah sayang
aku remuk luka bersarang
luka tercuka sepanjang zaman
mengapa Adam sayangkan Hawa?
Lela Majnun begitu juga?
mengapa sayangku padamu kekanda,
tidak pernah ditaburi bunga?
mahu kujadi debu hidrogen
tidak mengenal kasih manusia?
mahu kau lihat ku jadi syaitan
lupa budi,cita dan cinta?
bukankah hidup kait mengait
mambawa abadi aman dan bahagia?
mengapa tidak kekanda terima
hati kita berganding sawa?
lima benua jauh perjalanan tujuh
langit tinggi harapan
semua ini dekat padaku
bila adinda rela bersatu.
singapura
12 oktober 1954
No comments:
Post a Comment